This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, September 24, 2011

Pembahagian Manusia Di Akhirat



Firman AllahSWT. yang bermaksud: ''Iaitu masa ditiup sangkakala,lalu kamu datang berpuak-puak (ke padang Mahsyar)" 
(surah an-naba':18)

Diriwayatkan bahawa ayat tersebut di atas pernah ditanyakan oleh Muaz bin Jalal,katanya:''Ya Rasulullah,apa maksud dari ayat di atas?" Maka Rasulullah SAW.menangis sebelum menjawab pertanyaan tersebut kerana inilah yang selalu yang ditakutkan oleh baginda.Lalu Baginda menjawab:

"Ya Muaz,umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan.11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuiki syurga.Adapun 11 golongan yang akan memasuki neraka adalah seperti berikut:

1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan.Ini kerana mereka suka menyakiti hati tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi.Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala.Ini adalah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang mengeluarkan darah dari mulutnya.Ini adalah balasan bagi mereka yang berdusta.

5.Mereka yang seluruh badannya berbau busuk.Ini adalah balasan bagi mereka yang mencari keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu .Inilah balasan bagi mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dalam keadaan yang tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut.Ini balasan bagi mereka yang titidak mahu menyaksikan kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala di bawah dan kaki di atas.Ini adalah balasan abgi mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9.Mereka yang berwajah hitam,bermata biru,dan perutnya penuh api.Ini adalah balasan bagi mereka yang memkan harta anak yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit lain yang menjijikkan.Ini adalah balasa bagi mereka yang berani melawan kedua ibu bapa.

11.Mereka yang buta mata dan hatinya,giginya serta tanduk,bibirnya menjuntai hingga ke perut,dari perut dan pahanya mengeluarkan kotoran.Ini adalah balasan bagi mereka yang minum-minuman keras.

SEDARLAH!!!CUBA RENUNGKAN APA YANG KITA LAKUKAN SELAMA INI UNTUK MERAIH SYURGA ALLAH? ADAKHA APA YANG KITA LAKUKAN SELAMA INI ADA DIDALAM SENARAI DI ATAS? JIKA TERSENARAI...CEPAT-CEPATLAH BERTAUBAT DAN BERSERAH DIRI KEPADA ALLAH.SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN.

Thursday, September 22, 2011

PERBEZAAN IBADAT LELAKI DAN PEREMPUAN

PERBEZAAN IBADAT LELAKI DAN PEREMPUAN

1.Wanita tidak boleh membawa jenazah ke perkuburan.

2.Wanita tidak wajib keluar berjihad bersama lelaki

3.Wanita dikehendaki duduk di tempat yang belakang sekali ketika solat berjemaah .

4Wanita tidak wajib berjemaah di masjid.Bagi wanita yangbelum berkahwin adalah makruh solat di masjid, manakala bagi yang sudah berkahwin perlu meminta izin dari suami dan lebih afdhal jika dikerjakan di rumah.

5.Wanita tidak boleh azan dan tidak boleh mengimankan lelaki dalam solat.

6.Wanita tidak boleh membaca dengan nyaring di dalam solat jika ada lelaki ajnabi.

7.Wanita hendaklah merapatkan anggota badan ketika ruku dan sujud,tetapi lelaki disunatkan membukanya.

8.Wanita tidak wajid solat jumaat dan tidak boleh mengangkat suara ketika takbir hari raya atau talbiah pada haji.

9.Wanita boleh memakai pakaian sutera dan perhiasan emas manakala lelaki diharamkan memakainya.

10.Wanita tidak boleh bermusafir jika tidak disertai oleh mahramnya,sperti suami,bapa,atau seumpamanya.

11.Jenazah wanita dikafankan dengan lima lapis kain sedangkan jenazah lelaki dikafankan dengan tiga lapis kain.

Sunday, September 18, 2011

Kisah di Neraka

( Luangkan masa utk membaca kawan2 sahabat2 sekalian…sekejap jerk..mOga mendapat ikhtibar dan manfaatnya..)

gambar sekadar hiasan..

Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika. Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali ...dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera saya menutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung meskipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.

Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya dia bertelanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.

Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan,

“Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

“Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

“Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

“Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.

Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

“Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah.Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama,mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.

Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama. Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

Na’uzubillah, Ajirna minannar.

Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

“Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga LALAI DARIPADA MENGINGATI ALLAH,”


p/s : m0ga mendapat iktibar dari kisah ini..pesanan buat sahabat-sahabat, juga buat diri sendiri..Nauzubillah..kami berlindung hanya padaMU ya ALLAH..



Friday, September 9, 2011

DI SEBALIK RUKUN DAN WAJIB HAJI.

Selama ini kita hanya diajar tentang melakukan ibadah haji, rukunya,sejarahnya,perkara yang dilarang semasa ihram dan penjagaan kesihatan ketika di Mekah.Hikmah-hikmah yang selalu dilaungkan tentang haji sudah sangat biasa.Haji dilihat sebagai satu pengorbanan,memerlukan kesabaran yang tinggi,persaudaraan,mengabdikan diri,melawan nafsu,dugaan,persamaan,perpaduan,kesucian rohani,menghambakan diri,dan satu cita-cita.

Semua yang dijelaskan terlalu subjektif. Ia sudah pasti dimulakan dengan niat, Nampak mudah tetapi tentu besar impaknya kepada keseluruhan ibadat.Niat di sini bukan sahaja niat ihram tetapi juga niat kali pertama yang terlintas di hati untuk menunaikan haji.

Menurut Prof.NorHisham: Apabila niat untuk mengerjakan haji sudah terlintas di hati,ia sebenarnya sudah sampai ke Kaabah.Untuk mendapatkan haji yang mabrur,bermula dari niat semasa di tanah air.Akuinya,memang ramai yang mampu untuk mengerjakan haji ,namun untuk mendapatkan yang mabrur cukup sukar.

Budaya masyarakat Melayu sebenarnya banyak menghalangf tujuan untuk mendapatkan haji yang mabrur.Katanya ramai yang tidak faham tentang ibadat tersebut.Ibadat haji mempunyai hubungan yang rapat antara manusia dengan Tuhan.Justeru tidak boleh ada rasa riak dan bangga diri.Jika membuat kenduri pun tidaklah sampai menjemput satu kampong. Niat ke sana untuk apa?Belumpun habis kita menyusun niat sebenarnya, Kaabah sudah boleh mengesan apa yang di dalam hati kita.Niat itu ibarat barkodyang akan diimbas semasa di sana nanti.

Kita pergi ke sana untuk penyerahan diri pada Tuhan,rasa kerdil pada kebesarannya.Secara automatiknya akan menyebabkan kita lupa akan pada urusan dunia dan kesusahan yang ditempuhi.Pemusatan fikiran hanya kepada Allah,Tuhan yang satu. Ia akan datang dengan sendirinya apabila berada di Mekah,kerana semua itu ada kaitan dengan kekuatan Kaabah sebagai pusat bumi,Hujahnya.

Tambahnya lagi,Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib di mana di situ pemusatan tenaga,gravity,zon Magnetisme sifar dan tempat yang paling di rahmati...

Wallahualam..

Dipetik dari majalah Al-Islam,2010.

SAYANG RASULULLAH KEPADA UMAT

Pagi itu suasana cukup sunyi,hening dan terasa begitu sayu.Tidak pernah mereka merasakan sedemikian.Seolah-olah ada sesuatu yang akan berlaku.

Namun seperti biasa ,pagi itu ,mereka sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. akan mendengar satu khutbah yang disampaikan oleh baginda.Saidina Abu Bakar,Umar AL-Khattab,Uthman bin Affan serta Ali bin Abi Talib,mengambil tempat masing-masing.

Dan sampai masanya,Rasulullah s.a.w mengatur langkah kakinya menuju ke mimbar. Rasulullah memulakan bicaranya dengan suara yang agak terbatas ekoran keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan sejak beberapa hari yang lalu.Namun digagahi jua kerana baginda tahu,itulah satu-satunya peluang untuknnya menyampaikan amanat terkhir kepada seluruh umatnya yang amat disayangi.

Rasulullah memulakan khutbahnya: “Wahai umatku,kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.Maka taatlah dan bertakwalah kepada-Nya.Ku wariskan dua perkara pada kalian,Al-Quran dan Sunnah ku.Barang siapa mencintai sunnahku,bererti mencintai ku,akan masuk syurga bersama-sama aku.” Selesai ucapan tersebut ,Rasulullah menatap wajah para sahabat sedalam-dalamnya.

Tatkala Rasulullah memandang Abu Bakar,terlihat mata Abu Bakar berkaca-kaca menahan air matanya dari tumpah ke pipi.Manakala Umar Al-Khattab,dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya.Uthman Al-Affan,menghela nafas panjang dan Ali,menantu Rasulullah s.a.w hanya menundukkan kepalanya,tidak sanggup untuk bertentang mata. Isyarat itu telah datang Khutbah yang disampaikan oleh Rasulullah cukup terkesan di hati para sahabat.Tanpa perlu diumumkan,masing-masing seolah-olah faham,saat perpisahan mereka dengan Rasulullah semakin hampir.

Matahari kian tinggi,pintu rumah Rasulullah masih tertutup rapat.Di dalam rumah tersebut,Rasulullah terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seseorang yang mengucapkan salam. “Assalamualaikum,bolehkah saya masuk?”tanya suara tersebut. “Maaf.Ayahku sedang demam,”kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Fatimah mendapati pula ayahnya’Lalu Rasulullah bertanya, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku,baru sekali ini aku melihatnya,”tutur Fatimah lembut.Rasulullah menatap puterinya itu. Dengan perlahan Rasulullah berkata, “Ketahuilah,dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara,dialah yang memisahkan pertemuan di dunia.Dialah malaikat maut,’’.

Sebaik mendengar kata-kata tersebut,dada Fatimah terus sebak.Dia cuba menahan ledakkan tangisnya. Akhirnya Rasulullah menyuruh Fatimah menjemput ‘tetamu’ tersebut.Malaikat maut datang menghampiri,lalu Rasullullah bertanya. “Mengapa Malaikat Jibril tidak ikut sama menemani?

Malaikat Jibril dipanggil.Sebelumnya,Jibril sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril,jelaskan apa hak ku nanti di hadapan Allah?’’tanya Rasulullah s.a.w. “pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah menanti rohmu.Semua syurga telah terbuka lebar menanti kedatanganmu,’’ kata Jibril.Jawapan yang diberikan seolah-olah tidak dapat menggembirakan Rasulullah.

Lalu Jibril bertanya, “Wahai kekasih Allah,apakah tuan tidak gembira dengan berita ini?”Rasulullah lalu bertanya, “Khabarkan kepadaku,bagaimana nasib umatku kelak?”. “Jangan bimbang,wahai Rasul Allah,aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: “Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja,kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat.Sampai masanya Izrail melakukan tugasnya.Dengan cukup perlahan,roh Rasulullah ditarik Ketika itu kelihatan pleuh dingin merecik di dahi baginda.Urat-urat lehernya menegang. “Jibril,betapa sakit sakaratul maut ini’’,perlahan-lahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah yang berada disisi ayahnya,memejamkan matanya.Tidak sanggup diamelihat ayahnya berada dalam kesakitan.Manakala Ali terus menunudkkan kepalanya menahan kesedihan.

Jibril turut memalingkan mukanya. “Jijikkah kau melihat ku,hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah kepada malaikat pengantar wahyu itu. “ Siapakah yang sanggup melihat kekasih Allah di renggut ajal.”kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah berkata, “Ya Allah ,dahsyatnya sakit maut ini.Timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku dan jangan kepada umatku.” Badan Rasulullah mulai dingin,kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi .Tubuhnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu,Ali segera mendekatkan telinganya.

“Peliharalah solat dan peliharalah orang-orang yang lemah di antaramu” kata Rasulullah.

Diluar rumah, tangisan para sahabat mula kedengaraan.Sahabat saling berpelukan.Fatimah menutupkan tangan di wajahnya,dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mula kebiruan. “Ummati..Ummati…Ummati(umatku..umatku…umatku!)”.Sebaik sahaja lafaz itu diucapkan ,berakhirlah hayat baginda.Dan Rasulullah telah meninggalkan umat islam untuk selama-lamanya.

Betapa besarnya pengorbanan Rasulullah untuk kita.Insaflah kita.Ingatlah segala pesan Rasulullah supaya Rasulullah akan tersenyum apabila berjumpa kita kelak di akhirat sana.Amalkan sunnahnya supaya hidup kita berada di landasan yang lurus yang Allah gariskan.Titiskanlah air mata keinsafan di dunia ini,supaya kita terhindar dari menitiskan air mata seksaan azab Allah di akhirat kelak…

Renungkanlah diri …..Apakah bukti cinta yang telah kita tunjukkan kepada Rasulullah? Adakah berbaloi dengan kehebatan cinta Yang Rasulullah tunjukkan kepada kita umat yang bertuah kerna dikurniakan pemimpin yng sebegitu hebat cintanya kepada umat. Bayangkan ..begitu banyak bukti yang ditunjukkan Baginda demi membuktikan cintanya…

FESYEN MUNGKAR


Seraya dengan perkembangan islam moden, banyak perkara yang berkaitan dengan islam mula dimodenkan oleh golongan pereka fesyen dan golongan yang tidak mengamalkan kewajipan umat Islam, termasuklah gaya fesyen.

Banyak gaya fesyen umat Islam telah banyak diubah bentuk, malahan dibuat sehingga melanggar etika dan hukum syarak yang ditetapkan oleh Islam. Apa yang menjadi persoalan sekarang adakah setiap umat Islam khasnya ibu bapa mengambil tahu akan fesyen ini yang mana melampaui batas2 Islam? Sejauh manakah kita mampu membendungnya. Mari kita kupaskan antara fesyen-fesyen yang menjadi "trend" anak muda Islam sekarang.

1.Kain Yang Dipakai Terlalu Singkat
Menurut riwayat Imam Tarmizi dan nasa’i, dari Ummu Salamah r.a.

‘Ya Rasullulah : Bagaimana perempuan akan berbuat kain-kain mereka yang sebelah bawah?’
Sabda Rasululah S.A.W: Hendaklah mereka memanjangkan paras jengkal dan janganlah menambahkan lagi ke atasnya’’

2.Tudung tidak menutupi dada.
Allah S.W.T berfirman ‘’ Dalam surah AN-Nur ayat 31, bermaksud: hendaklah mereka lutupkan tudung(selendang) mereka ke leher dan ke dada mereka.

3.Lengan blaus, pendek tidak bersarung kaki.
Sesungguhnya Sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi yang telanjang yang condong kepada meksiat dan menarik oaring lain untuk melakukan maksiat,mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.(Riwayat Bukhari dan Muslim)

4.Pakaian yang ketat dan menampakkan susuk tubuh.
Rasullulah bersabda yang bermaksud:Hendaklah kamu meminjamkan dia baju yang panjang dan longgar itu.

5.Solekan yang jelas dilihat
Allah S.W.T berfirman: Dalam surah Al’Araf ayat 31 bermaksud: pakailah perhiasanmu pada setiap waktu sembahyang dan makanlah dan minumlah dan janganlah melampaui batas.

6.Semua cirri yang terdapat di atas
Katakanlah kepada permpuan-permpuan yang beriman: hendkalah mereka merendahkan pemandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka…’’

Tuesday, September 6, 2011

Nak Jadi Baik Memang Lambat


"Ustaz, saya dulu hafiz al-Quran. Dulu, solat ni memang saya tak tinggal. Saya semakin hanyut dengan dunia. Sekarang, saya sudah tidak solat. Saya ingin berubah. Masih adakah sinar untuk saya?"

Ustaz N memandang telefon bimbit Masjid Kuning Kota Damansara. Bagus masjid ni. Ada segmen Tanyalah Ustaz. Sesiapa jemaah yang ingin bertanya, boleh menghantarkan SMS.

"Masih ada sinar." Ustaz N menjawab pendek.

Jemaah mengangguk. Kebanyakannya faham sifat Al-Ghafur Allah. Jemaah di situ memang boleh letak belakang nama mereka dengan Ahmad atau Abu al-Damansari. Berlumba-lumba duduk di dalam taman-taman syurga ilmu. Marvellous!

Ustaz N menyambung, "Kembalilah kepada Allah, nak. Allah menciptakan rahmat sebelum menciptakan murka. Pintu taubat terbuka luas. Sibukkan diri dengan kebaikan. Jika anda jatuh, maknanya, masa anda masih banyak yang belum diisi dengan kebaikan."

"SMS masuk,Pak" Telefon Bimbit Tanyalah Ustaz berbunyi lagi.

"Terima kasih, Ustaz. Macammana nak jadi baik? Apa langkah pertama untuk saya berubah selepas bertaubat?"

Ustaz N tersenyum. "Pernah tak dengar kisah Abu Hurairah r.a. bertanya kepada baginda Rasulullah s.a.w. tentang seorang yang solat tetapi masih mencuri?"

Jemaah terlopong. Sah, tak dapat nak recall. Ini yang pentingnya hadir di ceramah-ceramah dan kuliah. Dapat peringatan, dapat refresh ilmu, dapat kesedaran. Dapat macam-macam. Best!

Ustaz N menarik nafas dan berkata, "Abu Hurairah r.a. bertanya bagaimanakah orang yang sedemikian? Rasulullah menegaskan, solat orang itu lambat laun akan menyebabkan dia berhenti mencuri."

Jemaah mengiyakan. Mereka teringat firman Allah s.w.t bahawa solat akan mencegah perkara keji dan mungkar.

"Maksud baginda Rasulullah s.a.w. dengan memperbaiki dan meningkatkan mutu solat, dari segi rukun qauli (percakapan), rukun fi'li (perbuatan) dan rukun qalbi (rasa hati), lambat laun solat akan berjaya menjadi benteng kepada amalan keji dan mungkar."

Jemaah berpandangan sesama sendiri. Mereka tersenyum dan mengangguk.

"Kesimpulannya, nak jadi baik memang lambat. Nak membina memerlukan masa. Nak meruntuh sekelip mata. Teruskan bermujahadah untuk istiqamah. Tutup ruang-ruang untuk melakukan kemaksiatan. Isi kehidupan dengan kebaikan. Berkawan dengan kawan-kawan yang baik. Usaha dan terus usaha. InsyaAllah, Allah akan mengampunkan dosa-dosa kita"

Dalam jemaah itu, seorang anak muda tunduk. Matanya berkaca. Dia berbisik, " Ya Allah, dosaku menggunung tinggi, tapi rahmatMu melangit luas. Ampunkanlah dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat".

Penulis: Salahuddin Harith (www.solaharith.blogspot.com)

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More