This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, August 27, 2011

Keberkatan ibu


Ibu…. Insan yang sangat mulia..yang telah Allah kurniakan untuk kita..Oleh itu..bersyukurlah bagi kita yang masih mempunyai ibu di saat ini…

"Berbuat baiklah kepada ibu bapa" itulah nasihat Luqmamn Al-Hakim kapada anaknya yang perlu kita ambil dan amalkan dalam hidup kita.Wahai inasan..insaflah kita kesalahan kita terhadap insane yang bergelar ibu.

Renungkanlah…muhasabahlah diri….
Di manakah letaknya keberkatan seorang ibu bagi kita????...
Ikutilah kisah at-Tirmidzi ini………

Muhammad bin Ali at-Tirmidzi bersama dua orang pelajar lainnya bertekad akan melakukan pengembaraan untuk menuntut ilmu.Ketika mereka hendak berangkat,ibunya sangat sedih.

"Wahai buah hati ibu," si ibu berkata."Aku seorang perempuan yang sudah tua dan lemah,bila anakanda pergi tak ada lagiseorang pun yang bonda punyai di atas dunia ini.Selama ini anakandalah tempat bondabersandar.Kepadasiapakah anakanda menyerahkan bonda yang sebatang kara dan lemah ini?"

Kata-kata ini menggoyahkan semangat Tirmidzi,ia membatalkan niatnya,sementara kedua sahabatnya tetap berangkat mengem,bara mencari ilmu itu.Suatu hari Tirmidzi dudukdi sebuah pemakaman meratapi nasibnya;

"Di sinilah aku!Tiada seorang pun yang peduli kepadaku yang bodoh ini!Sedang kedua sahabatku itu nanti akan kembali sebagai orang-orang terpelajar yang berpendidikan sempurna."

Tiba-tiba munculseorang tua dengan wajah yang berseri-seri.Ia menegur Tirmidzi;
"Nak,mengapakah engkau menangis?"

Tirmidzi menceritakan segala keluh kesahnya itu.
"Mahukah engkau menerima pelajaran dariku setiap hari sehingga engkau dapat melampaui kedua sahabatmu itu dalam waktu yang singkat?"Orang tua itu bertanya kepada Tirmidzi.

"Aku bersedia," jawab Tirmidzi.
"Maka,’’Tirmidzi mengisahkan," "Setiap hari ia memberikan pelajaran kepadaku.Setelah tiga tahun berlalu barulah aku menyedari bahawa sesungguhnya orang tua itu adalah Khidir dan aku memperoleh keberuntungan yang seperti itu kerana telah berbakti kepada ibuku."

Begitulah kisah yang perlu kita ambil iktibar.Berbaktilah kepada ibu.Lihatlah Tirmidzi,kerana pengorbanannya kepada ibulah,Allah telah mempertemukannya dengan seorang guru yang hebat.

Di situlah letaknya keberkatan ibu terhadap kita.Ingatlah bahawa syurga di bawah telapak kaki ibu..Mohonlah keampunan dari ibu terhadap dosa yang pernah kita lakukan kepada mereka..Ingatlah ..kasih ibu membawa ke syurga...

Jika berasa malu untuk memohon maaf daripada mereka …gunalah kesempatan Aidilfitri ini .Jadikanlah Aidilfitri sebagai penyatu kita dengan ibu dan sebagai penyambung tali keberkatan ibu dengan kita…

Wednesday, August 24, 2011

Petunjuk Ibadat

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Alhamdulillah dengan rahmat dari Allah s.w.t dapat lagi kita hidup di muka bumi-Nya dengan penuh kesegaran, kesihatan dan kemampuan. Marilah kita bersyukur ke hadrat-Nya kerana masih diberi peluang ini untuk mengerjakan amal ibadah dalam mencari keikhlasan dan keredhaan Allah s.w.t.

Kali ini penulis/blog akan membuka satu topik baru iaitu "Petunjuk Ibadat". Topik ini akan mengupas dan membincangkan amalan ibadat yang betul termasuk solat, bacaan wajib, perbuatan, akal dan lafaz yang solat tak kira yang wajib mahupun sunat serta ibadat-ibadat yang lain.

Topik ini diruangkan kerana pada masa kini ramai antara kita yang boleh menunaikan solat tetapi tidak tahu dan tidak yakin dapat menyempurnakan solat. Sesungguhnya solat yang sempurna adalah solat yang diterima Allah dan mendapat keredhaan-Nya.

Abu Zar RA meriwayatkan bahawa suatu hari, pada musim dedaun sedang berguguran, Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya. Baginda SAW mengambil ranting dari sebatang pohon yang daun-daunnya sudah mulai gugur dengan lebatnya seraya bersabda : “Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur seperti daun-daun yang gugur dari pohonnya ini”. (Riwayat Ahmad).

Insya Allah, dengan topik ini, kita dapat memperbetulkan dan menyempurnakan solat kita dan ibadat yang lain.

Wallau A'lam...




Tuesday, August 23, 2011

Kisah Kelahiran Rasulullah S.A.W

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.

Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.
Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi.

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap.
Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah. Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.
Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata “Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.” Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.

Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman. Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.
Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.
Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan “Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik”.
Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.
Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, “telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.”
Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.
Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi. Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.
Marilah kita bersama-sama hadiahkan Al-Fatihah kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kita beroleh syafaat daripada baginda kelak di akhirat sana. Amin..

Wallahu A'lam

Ramadhan dan Puasa


Alhamdulillah, kita sekarang berada di 10 terakhir Ramadhan, bermakna kurang 10 hari lagi kita akan menghabiskan puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ramai antaranya sudah tidak sabar untuk menyambut hari raya. Tak kurang juga ada yang sudah menempah baju dan pakaian-pakaian yang baru untuk raya. Bagi kaum Hawa sudah pasti ramai yang telah menghantar kain-kain ke kedai jahit untuk dibuat baju. Bagi para isteri sudah tentu sibuk memikirkan hiasan rumah untuk ditukar seumpamanya langsir, perabot, alas sofa dan sebagainya. Masing-masing sudah tidak sabar untuk meraikan kemenangan kita dalam menempuh dugaan selama sebulan berpuasa. Bagi yang sibuk membeli tu, berbelanja tu dibolehkan, tetapi jangan sehingga menimbulkan pembaziran. Membeli biarlah hanya untuk keperluan. Janganlah diraikan bulan kemenangan kita nie dengan pembaziran yang berleluasa. Beli-belah biarlah berpada-pada. Begitu juga barang-barang lain. Apa yang penting niat dan keikhlasan kita. Apa itu ikhlas? Maksudnya, ikhlas melakukannya untuk Allah dan bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan.

Thursday, August 18, 2011

Keindahan Ramadhan

Assalamaualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Bersyukur kita kerana dikurniakan kesihatan dan kekuatan untuk melakukan amalan dan ibadat ke hadrat Allah s.w.t di samping mengejar amalan dan pahala di bulan Ramadhan ini. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan yang mana Allah s.w.t menggandakan pahala dan keberkatan, menurunkan rahamat, dan Allah mengampunkan dosa-dosa hambaNya dan memakbulkan doa hamba-hambaNya yang beribadah padaNya di bulan yang mulia ini. (hadis riwayat Ubadah Bin Somit ra.)

Seraya dengan itu, marilah kita menitip satu persatu akan fadhilat-fadhilat dan keindahan bulan Ramadhan sempena bulan yang mulia ini..

Sunday, August 14, 2011

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum diucapkan pada semua pembaca yang sudi singgah ke blog ini. Ini kali pertama saya melibatkan diri dalam penulisan blog berunsurkan Islam. Ini adalah kerana terasa timbul kesedaran untuk turut sama berkongsi masa, tenaga, dan penulisan bersama-sama rakan-rakan bloggers yang lain.

Banyak yang kita lihat di negara kita, kesedaran islam sudah banyak disedari oleh umat-umatnya. Masing-masing mula mencari-cari akan keindahan dan kemanisan agama terindah kita, iaitu agama Islam.

Namun begitu, tidak kurang juga ada antara remaja masa kini yang begitu terdorong ke arah kekufuran dan kemungkaran Allah S.W.T. Mereka begitu taksub dengan keindahan dunia sehinggakan ada antaranya mencaci dan mengeji Rasulullah S.A.W tanpa rasa takut akan balasan dari Allah S.W.T.

Diharapkan dengan adanya, dapat membantu menarik minat mereka untuk membaca dan menghayati keindahan islam... جزاك اللهُ خيراً‎

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More