Wednesday, August 24, 2011

Petunjuk Ibadat

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم

Alhamdulillah dengan rahmat dari Allah s.w.t dapat lagi kita hidup di muka bumi-Nya dengan penuh kesegaran, kesihatan dan kemampuan. Marilah kita bersyukur ke hadrat-Nya kerana masih diberi peluang ini untuk mengerjakan amal ibadah dalam mencari keikhlasan dan keredhaan Allah s.w.t.

Kali ini penulis/blog akan membuka satu topik baru iaitu "Petunjuk Ibadat". Topik ini akan mengupas dan membincangkan amalan ibadat yang betul termasuk solat, bacaan wajib, perbuatan, akal dan lafaz yang solat tak kira yang wajib mahupun sunat serta ibadat-ibadat yang lain.

Topik ini diruangkan kerana pada masa kini ramai antara kita yang boleh menunaikan solat tetapi tidak tahu dan tidak yakin dapat menyempurnakan solat. Sesungguhnya solat yang sempurna adalah solat yang diterima Allah dan mendapat keredhaan-Nya.

Abu Zar RA meriwayatkan bahawa suatu hari, pada musim dedaun sedang berguguran, Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya. Baginda SAW mengambil ranting dari sebatang pohon yang daun-daunnya sudah mulai gugur dengan lebatnya seraya bersabda : “Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana Allah, dosanya gugur seperti daun-daun yang gugur dari pohonnya ini”. (Riwayat Ahmad).

Insya Allah, dengan topik ini, kita dapat memperbetulkan dan menyempurnakan solat kita dan ibadat yang lain.

Wallau A'lam...




0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More