Sunday, August 14, 2011

بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Assalamualaikum diucapkan pada semua pembaca yang sudi singgah ke blog ini. Ini kali pertama saya melibatkan diri dalam penulisan blog berunsurkan Islam. Ini adalah kerana terasa timbul kesedaran untuk turut sama berkongsi masa, tenaga, dan penulisan bersama-sama rakan-rakan bloggers yang lain.

Banyak yang kita lihat di negara kita, kesedaran islam sudah banyak disedari oleh umat-umatnya. Masing-masing mula mencari-cari akan keindahan dan kemanisan agama terindah kita, iaitu agama Islam.

Namun begitu, tidak kurang juga ada antara remaja masa kini yang begitu terdorong ke arah kekufuran dan kemungkaran Allah S.W.T. Mereka begitu taksub dengan keindahan dunia sehinggakan ada antaranya mencaci dan mengeji Rasulullah S.A.W tanpa rasa takut akan balasan dari Allah S.W.T.

Diharapkan dengan adanya, dapat membantu menarik minat mereka untuk membaca dan menghayati keindahan islam... جزاك اللهُ خيراً‎

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More