Tuesday, August 23, 2011

Ramadhan dan Puasa


Alhamdulillah, kita sekarang berada di 10 terakhir Ramadhan, bermakna kurang 10 hari lagi kita akan menghabiskan puasa dan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ramai antaranya sudah tidak sabar untuk menyambut hari raya. Tak kurang juga ada yang sudah menempah baju dan pakaian-pakaian yang baru untuk raya. Bagi kaum Hawa sudah pasti ramai yang telah menghantar kain-kain ke kedai jahit untuk dibuat baju. Bagi para isteri sudah tentu sibuk memikirkan hiasan rumah untuk ditukar seumpamanya langsir, perabot, alas sofa dan sebagainya. Masing-masing sudah tidak sabar untuk meraikan kemenangan kita dalam menempuh dugaan selama sebulan berpuasa. Bagi yang sibuk membeli tu, berbelanja tu dibolehkan, tetapi jangan sehingga menimbulkan pembaziran. Membeli biarlah hanya untuk keperluan. Janganlah diraikan bulan kemenangan kita nie dengan pembaziran yang berleluasa. Beli-belah biarlah berpada-pada. Begitu juga barang-barang lain. Apa yang penting niat dan keikhlasan kita. Apa itu ikhlas? Maksudnya, ikhlas melakukannya untuk Allah dan bersyukur dengan segala nikmat yang diberikan.

Di kala ini bersempena dengan bulan Ramadhan, penulisan akan berkisarkan tentang puasa dan Ramadhan serta ganjarannya untuk umat Islam. Sesungguhnya puasa di bulan Ramadhan telah disyariatkan kepada umat islam sebagai Rukun Islam Ketiga. Bulan ramadhan adalah bulan untuk umat manusia mengerjakan ibadat dengan semampu-mampunya dan selebih-lebihnya. Ini adalah kerana bulan Ramadhan adalah bulan yang mana dikurniakan ganjaran dan pahala oleh Allah s.w.t di mana setiap amalan yang baik akan digandakan ganjarannya.

Dari Abi Said al-Khudri RA. Berkata, Dulu kami beperang bersama Rasulullah SAW di bulan Ramadhan. Diantara kami ada yang tetap berpuasa dan ada yang berbuka. Mereka memandang bahawa siapa yang kuat untuk tetap berpuasa, maka lebih baik. - hadis riwayat Muslim.

Barang siapa berpuasa ramadhan dengan keimanan dan mengharap pahala (keredhaan) Allah,maka diampuni dosa-dosanya yang terdahulu. - hadis riwayat Al-Bukhari

Allah azza wajalla mewajbkan puasa ramdhan dan aku mensunahkan shalat malam harinya. Barangsiapa berpuasa dan shalat malam dengan mengharap pahala (keredhaan ) Allah,maka dia keluar dari dosanya seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya. - hadis riwayat Ahmad

Allah s.w.t mewajibkan puasa ke atas kita adalah untuk membuktikan kasih sayang dan keikhlasan umatnya beribadat kepada-Nya. Selain itu, puasa juga untuk melatih diri bersabar dengan segala dugaan seperti kelaparan dan nafsu. Puasa juga secara tidak langsung mampu memberi kesedaran dan keinsafan kepada kita akan kesusahan yang dihadapi oleh golongan fakir miskin yang terpaksa menahan lapar sepanjang hari akibat tiadanya makanan dan minuman. Ianya secara tidak langsung memberi peringatan kepada kita akan nikmat Allah dan melatih kita untuk bersyukur dengan nikmat yang diberikan oleh-Nya. Sesungguhnya:

Bau mulut seorang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat dari harumnya misik (minyak wangi yang paling harum di dunia). - hadis riwayat Al-Bukhari

Begitu banyaknya ganjaran dan janji Allah untuk mereka yang menunaikan Rukun Islam Ketiga ini. Sesungguhnya setiap janji Allah itu benar belaka. Selepas kita mengetahui setiap ganjarannya, tidakkah kita mahu meningkatkan amalan kita, ikhlas dan tawadduk menyembah Allah, melakukan "amar maaruf nahi mungkar", bersedekah dan sbgnya? Sesungguhnya amat rugi bagi mereka yang melepaskan peluang ini. Peluang yang Allah beri untuk hambanya melakukan amalan dan ibadat dengan seikhlas-ikhlasnya. Sesuai dengan hadis rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Rasulullah s.a.w menaiki mimbar untuk berkhutbah. Menginjak anak tangga pertama beliau mengucapkan Aamin begitu pula pada anak tangga kedua dan ketiga. seusai shalat para sahabat lalu bertanya mengapa rasulullah mengucapkan Aamin,Beliau lalu menjawab malaikat jibril datang dan berkata"kecewa dan rugi orang yang bila namamu disebut dia tidak mengucapkan shalawat atasmu " lalu akau berucap Aamin, kemudian malaikat berkata lagi"kecewa dan rugi yang berkesempatan hidup bersama orang tuanya tetapi dia tidak bisa sampai masuk surga " lalu aku menjawab Aamin, kemudian katanya lagi, "kecewa dan rugi orang yang berkesempatan hidup di bulan ramadhan tetapi tidak terampuni dosa-dosanya" lalu aku mengucapkan Aamin. - hadis riwayat Ahmad

Wallahu a'lam

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More